Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Australia

Australia Rangka Standard Nasional Basikal Elektrik dan E-Skuter, Model Berkuasa Tinggi Jadi Fokus

Imej
E-bike dan e-skuter perkongsian di Brisbane, Australia. Foto: John Robert McPherson / Wikimedia Commons / CC BY-SA 4.0 Australia sedang memperketat pendekatan terhadap basikal elektrik dan peranti mikromobiliti elektrik lain. Kali ini, fokus kerajaan bukan sekadar bagaimana kenderaan itu digunakan di jalan raya, tetapi juga jenis produk yang boleh dijual kepada pengguna. Australian Competition and Consumer Commission (ACCC) telah meletakkan keselamatan e-micromobility sebagai salah satu keutamaan keselamatan produk bagi 2026–27. Badan itu akan membangunkan standard yang lebih konsisten di seluruh negara untuk basikal elektrik terlebih dahulu, sebelum diperluas kepada peranti lain seperti e-skuter. Antara perkara yang akan diberi perhatian ialah had kuasa dan keselamatan bateri litium-ion. Isunya bukan mahu mengharamkan semua e-bike Peraturan penggunaan basikal elektrik dan e-skuter di Australia masih berbeza mengikut negeri dan wilayah. Ini mewujudkan satu jurang yang aga...